SEJARAH SK PELAMAN SIGANDAR
SK Pelaman Sigandar
bermula dengan penubuhan Lambai School pada Mac 1953 oleh mubaligh Kristian
Seventh Day Adventist iaitu Pastor Martin Ason.
Ia dimulakan di perkampungan dan penempatan lama masyarakat Braang iaitu
Kampung Tebese di Gunung Tebese. Pada
masa itu,Lambai School hanya mempunyai 3 kelas sahaja. Ia didirikan di kawasan yang dipanggiln
sebagai “Yak Rambai”. Ianya hanya
bertahan sehingga tahun 1956.
Pada tahun 1957,Lambai
School Kampung Tebese telah berpindah ke Kampung Payang,satu penempatan yang
agak baru. Tujuan pemindahan adalah
disebabkan perbezaan fahaman agama dan kepercayaan memandangkan rata-rata
penduduk Kampung Tebese masih lagi menganut fahaman animisme. Lambai School di Kampung Payang masih lagi mengekalkan
3 kelas asal.