Latarbelakang Sekolah


SEJARAH SK PELAMAN SIGANDAR


SK Pelaman Sigandar bermula dengan penubuhan Lambai School pada Mac 1953 oleh mubaligh Kristian Seventh Day Adventist iaitu Pastor Martin Ason.  Ia dimulakan di perkampungan dan penempatan lama masyarakat Braang iaitu Kampung Tebese di Gunung Tebese.  Pada masa itu,Lambai School hanya mempunyai 3 kelas sahaja.  Ia didirikan di kawasan yang dipanggiln sebagai “Yak Rambai”.  Ianya hanya bertahan sehingga tahun 1956. 


Pada tahun 1957,Lambai School Kampung Tebese telah berpindah ke Kampung Payang,satu penempatan yang agak baru.  Tujuan pemindahan adalah disebabkan perbezaan fahaman agama dan kepercayaan memandangkan rata-rata penduduk Kampung Tebese masih lagi menganut fahaman animisme.  Lambai School di Kampung Payang masih lagi mengekalkan 3 kelas asal.




Lambai School diketuai oleh Pastor Martin Ason dari tahun 1953 hingga 1957.  Pada tahun 1958 hingga 1959,ia ditadbir dan diketuai oleh Encik Arthur Rida.


Pada tahun 1960,Lambai School berpindah ke Kampung Sigandar dan mendapat nama baru iaitu Sekolah Kerajaan Pelaman Sigandar. Ia  menambah sebuah lagi kelas menjadikan ianya 4 kelas. Perpindahan ini disebabkan oleh masalah ternakan babi orang kampung yang berkeliaran di kawasan Kampung Payang dan menganggu sesi persekolahan.  Pelajar-pelajar yang menamatkan sesi Tahun 4 akan melanjutkan pelajaran Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah mubaligh di Teng Bukap.


Guru besar-guru besar yang pernah menerajui SK Pelaman Sigandar  ialah Pastor Martin Ason,Encik Arthur Rida,Encik Edward Dandu,Encik Rimok,Encik Charles Juta,Encik Henry Pui,Encik Edmund Jawa,Encik John Jangon,Encik Paul Suwing,Encik Paul Diring,Encik Jobi Asong dan Encik Tome Siyor.



     

                                                                  
































No comments:

Post a Comment