Latarbelakang Sekolah


SEJARAH SK PELAMAN SIGANDAR


SK Pelaman Sigandar bermula dengan penubuhan Lambai School pada Mac 1953 oleh mubaligh Kristian Seventh Day Adventist iaitu Pastor Martin Ason.  Ia dimulakan di perkampungan dan penempatan lama masyarakat Braang iaitu Kampung Tebese di Gunung Tebese.  Pada masa itu,Lambai School hanya mempunyai 3 kelas sahaja.  Ia didirikan di kawasan yang dipanggiln sebagai “Yak Rambai”.  Ianya hanya bertahan sehingga tahun 1956. 


Pada tahun 1957,Lambai School Kampung Tebese telah berpindah ke Kampung Payang,satu penempatan yang agak baru.  Tujuan pemindahan adalah disebabkan perbezaan fahaman agama dan kepercayaan memandangkan rata-rata penduduk Kampung Tebese masih lagi menganut fahaman animisme.  Lambai School di Kampung Payang masih lagi mengekalkan 3 kelas asal.